Polis buru tiga lelaki pecah masuk kilang proses beras
Iklan
Pintu peti besi dalam keadaan terbuka selepas dipecah oleh tiga suspek. (Kanan: Cermin di bahagian kafeteria juga dipotong oleh suspek.)
KEPALA BATAS - Polis sedang mengesan tiga lelaki yang terlibat dalam kes pecah masuk sebuah kilang memproses beras di Permatang Janggus, Penaga di sini Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian berkenaan disedari oleh pengurus kilang terbabit kira-kira jam 1 petang semalam selepas beliau datang ke pejabatnya dan mendapati keadaan berselerak.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pengurus berkenaan mendapati dinding cermin di bahagian belakang dipotong dan pemeriksaan lanjut mendapati pintu peti besi di pejabat terbuka manakala tiga laci meja yang berkunci diselongkar.
"Wang tunai berjumlah RM27,000 yang disimpan dalam peti itu telah hilang.
Iklan
"Semakan kamera litar tertutup menunjukkan tiga lelaki yang memakai penutup muka dan bersarung tangan masuk melalui belakang kilang.
"Mereka dilihat memecah masuk kilang terbabit kira-kira jam 1 pagi dan keluar semula pada jam 4.26 pagi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Iklan
Noorzainy berkata, pagar di bahagian belakang bangunan kilang dan cermin di kafeteria telah dipotong.
Katanya, pengurus kilang terbabit memberitahu premis tersebut beroperasi pada jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari dan ditutup pada hari cuti perayaan.
"Siasatan lanjut masih lagi diteruskan bagi mengenal pasti identiti ketiga-tiga suspek yang terlibat.
"Kes disiasat mengikut Sek 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk kilang dan saya berharap orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini dapat menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kakak minta naik Menara Alor Setar walaupun matanya sudah tidak nampak sepenuhnya'"><meta itemprop="description" content="Derita akibat kanser otak yang menyebabkan penglihatannya terjejas dan tidak lagi mampu berjalan tidak menghalang Nur Iman Syamimi Muhammad Shauki, 14, menikmati suasana di Sky View Menara Alor Setar.
Impian remaja itu menjadi kenyataan apabila dia dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) bersama ibu bapanya dan dua adik, berkunjung ke menara berkenaan pada malam Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794930/edisi/utara/kakak-minta-naik-menara-alor-setar-walaupun-matanya-sudah-tidak-nampak-sepenuhnya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PejuangKanser"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T07:40:22.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/e5Z7Q1gdHZdTVXzwC/x1080"><meta itemprop="duration" content="P153S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4exne"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4exne"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4exne"></script>