PETALING JAYA - Seramai sembilan individu warga tempatan dikenakan tindakan kompaun RM1,000 setiap seorang selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, semua individu berusia 20-23 tahun itu dikenakan tindakan berkenaan selepas didapati berkumpul di belakang sebuah blok di Gugusan Mawar, Jalan Camar 4/5b semalam.