Pas parti yang kuat: Abdul Hadi

Iklan
Abdul Hadi menerima cenderahati daripada Unit Amal Baling.
BALING - Pas sebuah parti yang kuat dan tidak pernah jatuh disebabkan tewas pilihan raya.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas ialah parti yang mempunyai tunjang yang kuat.

"Walaupun ada orang yang patahkan ranting dan dahan-dahan kita, pokok kita tidak mati kerana akar kita kuat.

"Dicantasnya ranting, dahan (cawangan Pas), dipacak tempat lain dan diberi nama Amanah, bagi nama Berjasa, nama macam-macam, tapi tumbuh tunas lebih banyak lagi, pokok yang kuat dan gagah," katanya .

Beliau berkata demikian katanya di depan ratusan penyokong di tapak pembinaan Kompleks Pas Kupang, Baling.

Beliau berkata, Amanah sebuah parti yang tidak akan bertahan.

"Percayalah ranting dipatahkan itu bila tiba masanya akan kering habis, Insya- ALLAH,"katanya.

Terdahulu, Abdul Hadi mengadakan pertemuan tertutup bersama guru-guru pondok di Pondok Misbah Al Falah.