Abang, adik dipisah kawat duri

Iklan
Pertemuan antara dua individu dipercayai adik-beradik di sempadan Selangor dan Perak yang dipisahkan dengan kawat duri di hari pertama Syawal kelmarin meruntun jiwa netizen selepas tular di media sosial.

HULU SELANGOR - Pertemuan antara dua individu dipercayai adik-beradik di sempadan Selangor dan Perak yang dipisahkan dengan kawat duri di hari pertama Syawal kelmarin meruntun jiwa netizen selepas tular di media sosial.

Video yang dimuat naik seorang warganet Nur Adilah Abu Sien berdurasi satu minit 56 saat dirakam di sebuah jambatan dipercayai di sempadan Hulu Selangor dan Perak.

Iklan
Iklan

Rakaman video itu memaparkan seorang wanita bersalaman dengan seorang lelaki dipercayai abangnya sebelum mengambil lemang.

Video ini tular di media sosial mendapat simpati pengguna Facebook.

Wanita itu dirakam mencium tangan lelaki berkenaan sambil mengusap pipinya.

Iklan

Aksi itu dirakam ketika mereka dipisahkan dengan kawat duri yang dipasang pihak berkuasa bagi melarang orang ramai merentas negeri kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Rata-rata pengguna Facebook bersimpati dengan keadaan itu dan mendoakan agar wabak koronavirus (Covid-19) agar segera berakhir.

Iklan