Lepak ramai-ramai di pantai, tidak ikut SOP
Iklan
DUNGUN - Rondaan keselamatan anggota polis sepanjang sambutan Hari Raya pertama di kawasan pantai Teluk Lipat di sini mendapati segelintir orang awam memilih kawasan ini untuk 'menyambut' Hari Raya di sini semalam.
Menyedihkan lagi, majoriti tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan melepak dan bersantai beramai-ramai tanpa mengamalkan penjarakkan sosial, tidak memakai topeng muka serta membawa kanak-kanak.