Juruterbang selamba isi bahan api helikopter di stesen minyak

Iklan
Juruterbang selamba isi bahan api di stesen minyak di sini. - Foto Daily Star

GARWOLIN - Pelanggan di sebuah stesen minyak dikejutkan dengan kemunculan sebuah helikopter yang mendarat di stesen itu untuk mengisi bahan api di Garwolin, Warsaw, Poland.

Berdasarkan laporan Daily Star, kejadian luar biasa itu sempat dirakam oleh pelanggan yang berada di stesen minyak sebelum memuat naik di laman sosial.

Iklan
Iklan

Rakaman menunjukkan helikopter berwarna hitam mendarat di stesen tersebut dan juruterbang dengan selamba keluar mengisi bahan api.

Pelanggan yang berada di lokasi tergamam dan sekadar perhatikan gelagat juruterbang terbabit.

Iklan

Selesai mengisi bahan api, juruterbang membuat bayaran sebelum memasuki kokpit dan berlepas.

Seorang pelanggan enggan dikenali memberitahu penyiar stesen televisiyn tempatan Polsat News:"Saya telah melihat banyak perkara dalam hidup saya tetapi helikopter mendarat di stesen, ia luar biasa."

Iklan

Sementara itu, polis kini menyiasat kejadian itu setelah tular di YouTube sehingga mendapat lebih 350,000 tontonan dan lebih 500 komen.

Jurucakap polis,Marek Kapusta mengatakan kepada media tempatan, pihaknya sedang melakukan siasatan di bawah pengawasan pejabat pendakwa.