Pantau peniaga tidak pamer tanda harga
Iklan
Vijayakumaran (kanan) meninjau sekitar pasar Rasah pagi tadi.
SEREMBAN - Persatuan Pelindung Pengguna Negeri Sembilan menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat pemantauan di Pasar Rasah susulan terdapat dakwaan peniaga tidak mempamerkan tanda harga.
Pengerusinya, A Vijayakumaran berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk setempat dan keadaan menyukarkan pengguna untuk mengetahui maklumat berkenaan harga sewaktu membuat urusan pembelian termasuk beberapa barangan kawalan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ada yang mendakwa berlaku kenaikan harga barangan termasuk ayam yang mencecah sehingga RM9 sekilogram minggu lalu.
"Bagaimanapun, ketika tinjauan di sini pagi ini, harga ayam diselaraskan mengikut harga siling ayam standard RM7.50 sekilogram," katanya ketika membuat tinjauan di lokasi hari ini.
Vijayakumaran (kiri) meninjau sekitar pasar Rasah pagi tadi.
Iklan
Sehubungan itu, Vijayakumaran berharap pihak berkuasa dapat menjalankan pemantauan secara berkala sekali gus mengelakkan pengguna tertipu.
Beliau berkata, sekiranya keadaan itu berlaku, ia sudah tentu membebankan pengguna apatah lagi kebanyakannya daripada golongan B40.
Iklan
"Mereka melahirkan rasa tidak puas hati akan situasi seperti ini terutamanya pada musim perayaan," katanya.
Sementara itu, seorang penduduk Rasah, L Saravanan, 67, melahirkan perasaan kecewa apabila peniaga gagal mempamerkan tanda harga sepertimana diarahkan pihak bertanggungjawab.
"Sebagai pembeli, sukar untuk kami membuat pilihan, selain itu kebersihan pasar ini juga perlu diberi perhatian oleh pihak berkenaan bagi mengelak masalah lain pada masa hadapan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Seorang hulur RM1 pun saya syukur' - Ibu gigih kumpul dana rawat anak derita Sindrom Alagille"><meta itemprop="description" content="Hati seorang ibu mana yang tidak sayu apabila melihat anak kecil yang baru berusia tiga tahun sudah diuji kesakitan ketika sedang berjuang melawan penyakit Sindrom Alagille.
Penyakit yang dihidapi Aisy Nur Dareesa Mohd Sahril Azuan itu merupakan penyakit genetik yang jarang berlaku dan boleh menjejaskan beberapa organ utama seperti hati, jantung, mata, tulang dan buah pinggang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769088/edisi/melaka-ns/seorang-hulur-rm1-pun-saya-syukur---ibu-gigih-kumpul-dana-rawat-anak-derita-sindrom-alagille
Muzik: Veance D- Rustle od Leaves dari Bensound.com 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bantuan #AisyNurDareesa"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-24T03:00:57.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/a6aYC1fdHHfe5YnzG/x120"><meta itemprop="duration" content="P254S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0mavg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0mavg"></script>