Kemboja tarik balik larangan kemasukan enam negara
Iklan
PHNOM PENH - Kemboja menarik balik larangan masuk pelawat dari Iran, Itali, Jerman, Sepanyol, Perancis dan Amerika Syarikat yang dikenakan sebelum ini bagi membendung penularan koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Vietnam (VNA) memetik Kementerian Kesihatan pada Rabu.
Bagaimanapun, pelawat asing masih perlu menunjukkan sijil, tidak melebihi tempoh 72 jam yang mengesahkan mereka tidak dijangkiti virus Covid-19 serta bukti insurans kesihatan bernilai AS$50,000 semasa berada di Kemboja.