IPOH - Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (Pematap) mengakui pemberian peruntukan sebanyak RM3.47 juta kepada institusi tahfiz swasta menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Perak Fasa Kedua (PRE 2) merupakan yang terbesar pernah diterima.
Pengerusinya, Mohd Azlan Suhaimi berkata, pemberian tersebut memberi manfaat kepada 116 maahad tahfiz swasta di Perak dengan pengagihan peruntukan berjumlah RM10,000 bagi tujuan pengoperasian.