PUTRAJAYA - Tatacara pelaksanaan kursus pra perkahwinan Islam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan pasca PKPB sedang dimuktamadkan, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Paimuzi Yahya.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) juga sedang menyediakan mekanisme pengajaran Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam dalam tempoh berkenaan.