Bersatu kekal dengan keputusan keluar PH

Iklan
Bersatu

SHAH ALAM - Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih kekal dengan keputusan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dan membentuk sebuah gabungan politik baharu dengan parti-parti lain di luar PH sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat pada 23 Februari 2020.

Menurutnya, keputusan itu jelas dan tidak perlu dipertikaikan serta menyokong sepenuhnya penubuhan Perikatan Nasional sebagai sebuah gabungan parti-parti politik dengan matlamat dan tujuan yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman Perikatan Nasional.

Iklan
Iklan

"Demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan politik negara, kami bersetuju Bersatu menyertai Perikatan Nasional.

"Kami juga juga ingin menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin,” kata kenyataan yang dikeluarkan secara bersama MPT dan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) di sini hari ini.

Iklan

Kenyataan bersama itu disokong oleh Naib Presiden Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan Datuk Abdul Rashid Asari, Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Mohd Harun, Setiausaha Agung Datuk Seri Hamzah Zainudin, Bendahari Agung Datuk Mohamed Salleh Bajuri serta Ketua Penerangan Dr Radzi Jidin.

Turut memberi sokongan 14 Ahli MPT, ketua-Ketua BPN termasuk Pahang, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Johor, Wilayah Persekutuan dan Sarawak.

Iklan