Mekanisme kawalan harga ayam diumumkan esok

Iklan
Gambar Hiasan

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengumumkan mekanisme kawalan harga ayam musim perayaan esok bagi mengelakkan harga barang mentah itu naik melebihi harga siling yang ditetapkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain ayam, barang-barang lain yang sering digunakan pada musim perayaan juga akan dimasukkan dalam skim kawalan harga tersebut.

Iklan
Iklan

"Kita tahu harga ayam dalam dua tiga hari ini meningkat. Kalau dahulu (ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan) tiada isu harga ayam meningkat kerana restoran tutup dan penawaran rendah tetapi sekarang tiba-tiba meningkat.

"Insya-ALLAH kerajaan mempunyai mekanisme halang kenaikan melalui skim kawalan harga ayam musim perayaan. Saya bercakap dengan Menteri KPDNHEP, Datuk Alexander Nanta Linggi dan pihaknya akan umumkan esok," katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Iklan
Iklan