12 restoran McDonalds di Australia ditutup, pekerja positif Covid-19
Iklan
SYDNEY - Sebanyak 12 restoran McDonalds di Victoria Australia ditutup pada Isnin selepas seorang pekerja penghantaran diuji positif Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.
Pekerja berkenaan dikatakan ada berinteraksi dengan sebilangan kecil kakitangan restoran dan setakat ini tiada pekerja lain yang didapati positif virus itu, menurut Mcdonalds.