Pembangkang persoal keabsahan kerajaan Muhyiddin
Iklan
KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH) bersama Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal dalam satu kenyataan bersama mempersoalkan keabsahan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut mereka, ia ekoran kegagalan Muhyiddin menguji sokongan beliau di kalangan ahli Parlimen esok.
Iklan
Iklan
Kata kenyataan itu lagi, timbul kebimbangan terhadap tingkah laku kerajaan yang kelihatan cuba meraih sokongan dari kalangan ahli-ahli Parlimen melalui pemberian jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta duta-duta bertaraf Menteri.
"Mesyuarat juga bersetuju bahawa pakej rangsangan berjumlah RM260 bilion yang telah diumum Muhyiddin sehingga kini juga masih belum dibentang dan diluluskan Parlimen. Ahli-ahli Parlimen mesti diberi peluang untuk membahaskan pakej rangsangan ini bagi memastikan tiada ketirisan dalam penyampaian bantuan kepada rakyat.
Iklan
"Kami sebulat suara dan bersatu hati menegaskan bahawa Parlimen merupakan institusi demokrasi ulung negara yang perlu berfungsi dengan baik bagi memastikan proses semak dan imbang berjalan tanpa sekatan di mana sokongan buat seseorang Perdana Menteri perlu diuji dan disahkan serta tempat di mana Rang Undang-Undang dan masalah rakyat perlu dibincang, dibahas dan diputuskan.
"Kami juga tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan mengadakan sidang untuk hanya mendengar Titah Diraja serta menegaskan pendirian Pembangkang bahawa Parlimen boleh dan mesti bersidang lebih dari apa yang diusahakan kerajaan sekarang demi menyegerakan penyelesaian masalah rakyat,” kata kenyataan itu hari ini.
Iklan
Selain Dr Mahathir dan Shafie, kenyataan itu turut disokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Selain itu, kenyataan itu juga sepakat dan berpandangan dalam kes 1MDB berkait Riza Shahriz Abdul Aziz yang telah dilepaskan tanpa dibebaskan menjadi petanda atau isyarat bahawa beberapa kes besar lain yang melibatkan beberapa tokoh politik akan menggunakan jalan penyelesaian yang sama.
"Selain itu, mesyuarat telah membincangkan isu di mana beberapa kementerian baharu telah diwujudkan, namun peruntukan perbelanjaan bagi kementerian-kementerian ini belum lagi dibentang sebagai Rang Undang-Undang dan belum lagi diluluskan di Parlimen.
"Ini semestinya akan menimbulkan persoalan berkenaan perjalanan urusan serta sebarang perbelanjaan yang berkait dengan kementerian-kementerian ini,” katanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Empat negeri yang diterajui UMNO akan menggerakkan jentera bahagian dari seluruh negeri bagi membantu kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jentera bahagian dari Melaka, Johor, Pahang dan Perak akan digerakkan segera.
Ahmad yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat menjelaskan, penghantaran jentera dari empat negeri itu membuktikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan.
Jelasnya, setiap negeri akan menjaga dua kawasan pusat daerah mengundi (PDM) dan kemungkinan jumlah diperlukan seramai 10 orang bagi satu PDM.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662818/berita/politik/prk-kkb-umno-gerak-jentera-dari-empat-negeri-bantu-kempen
#SinarHarian #SinarLive #PRKKKB #jenteraUMNO #pilihanrayakecil