Covid-19: 14,655 pelawat jalani kuarantin
Iklan
R Vidyananthan
JOHOR BAHRU- Seramai 14,655 pelawat daripada jumlah 19,875 pelawat ke negeri ini sejak 4 Mac hingga 16 Mei dikuarantin di pusat-pusat kuarantin di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, daripada jumlah itu seramai 11 individu dalam siasatan (PUI) dan 69 individu yang disahkan sebagai pesakit dalam pemantauan (PUS) dimasukkan ke hospital untuk pemantauan selain tiada kes baharu dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Johor ( JKNJ) semalam.
Iklan
Iklan
"Sehingga semalam jumlah kumulatif kes positif di Johor kekal 668 kes. Daripada jumlah itu, 137 kes adalah kes aktif.
"Bagaimanapun, tiada kes kematian direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Johor kekal sebanyak 19 orang dan kes kumulatif sembuh di Johor adalah sebanyak 512 kes," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Iklan
Menurut beliau lagi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor sentiasa komited melaksanakan Operasi Sanitasi Awam di seluruh negeri mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) di premis-premis awam yang menjadi tumpuan orang ramai.
"Sejak 27 Mac hingga semalam sebanyak 1,960 lokasi yang merangkumi 745 bangunan kerajaan, 150 (rumah ibadat), 473 (tempat awam) dan 592 (lain-lain) melalui proses sanitasi.
Iklan
"Sehingga 16 Mei 2020, secara keseluruhannya sebanyak 119 operasi nyahcemar melibatkan 75 lokasi stesen kuarantin dan 8,124 PUS yang diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa"><meta itemprop="description" content="Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan
#Jawa #gamelan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T04:30:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTIv-1gWJu0RnLPaA/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=k3zczdkISjA295INE6O"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4rjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="k3zczdkISjA295INE6O"></script>