Projek Kasih Ramadan bantuan kepada asnaf
Iklan
Sumbangan boleh dihulurkan ke akaun yang tertera.
SHAH ALAM – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kini giat mengedarkan bantuan makanan kering dan bekalan berbuka puasa kepada 15,000 keluarga asnaf di seluruh negara di bawah Projek Kasih Ramadan.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia membabitkan agihan makanan kering kepada 5,000 keluarga miskin dan bekalan berbuka puasa untuk 10,000 fakir miskin.
Iklan
Iklan
Katanya, berikutan itu pihaknya masih mengharapkan sumbangan orang ramai bagi mengisi tabung projek berkenaan.
Selain itu beliau memberitahu, sepanjang Ramadan Mapim turut membantu memberi makanan kepada petugas barisan hadapan, anak yatim, rumah kebajikan, pondok dan pusat tahfiz.
Iklan
"Pendekatan Mapim ialah membantu, membela, memperkasa dan membangunkan ummah terutama mereka yang daif, tertindas dan terpinggir.
"Mapim membantu ummah dan masyarakat untuk keluar daripada kemiskinan, mendapat keadilan dan keselamatan sosial serta membantu mereka yang menghadapi kecemasan dan bencana alam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Jelasnya, Mapim menyasarkan golongan asnaf (miskin tegar, gelandangan, anak yatim, orang kurang upaya, ibu tunggal), penuntut miskin dan komuniti daif yang memerlukan bantuan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ban Bukit Changgang: Beri ruang JPS lakukan penambahbaikan - Aiman Athirah"><meta itemprop="description" content="Ban Bukit Changgang: Beri ruang JPS lakukan penambahbaikan - Aiman Athirah
Kerja pembaikan ban yang pecah di Bukit Changgang selesai pada jam 3 petang pada Khamis, manakala kerja menambah tanah masih dilaksanakan bagi memperkukuh struktur berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury dan juruvideo, Yusrizal Yusuf.
Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang menjalankan kerja penambahbaikan di kawasan ban berkenaan susulan masalah struktur yang terjejas akibat hentaman arus deras.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806378/edisi/selangor-kl/ban-bukit-changgang-beri-ruang-jps-lakukan-penambahbaikan---aiman-athirah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #RTBBukitChanggang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-27T09:02:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P261S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0fw7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0fw7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0fw7y"></script>