Harimau bintang selamba masuk hotel

Iklan
Imej rakaman CCTV menunjukkan haiwan terbabit berlegar-legar di lobi hotel.

DEHRADUN - INDIA. Tetamu dan kakitangan sebuah hotel di utara India cemas seketika selepas seekor harimau bintang dewasa menceroboh masuk ke bangunan tersebut.

Lapor media tempatan, kejadian berlaku di Balorganj di negeri Uttarakhand.

Iklan
Iklan

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), haiwan terbabit dilihat meninjau kawasan lobi hotel selama 15 minit sebelum beredar ke kawasan belukar berhampiran.

Menurut pihak pengurusan hotel, tiada tetamu atau kakitangan hotel cedera diserang haiwan terbabit. - Agensi

Iklan
Iklan