Laksana PKP pada hari raya: Dr Jemilah
Iklan
SOP adalah perkara berat untuk dilakukan semua rakyat terutama yang menyambut Aidilfitri. - Foto 123RF
SHAH ALAM - Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood mencadangkan agar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Hari Raya Aidilfitri bagi mencegah lonjakan kes koronavirus (Covid-19) di negara ini.
Beliau turut meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kes Covid-19 di Korea Selatan dan Jerman serta bagaimana perjumpaan berbuka puasa boleh menyebabkan maut.
Iklan
Iklan
"Jika kita tidak mengambil langkah untuk mencegah penyebaran (Covid-19), kita boleh kalah daripada semua yang telah dilakukan. Tuhan melarang. Mari berjaga-jaga.
"Mungkin lockdown semasa hari raya adalah satu langkah pencegahan yang baik? Ayuh kekalkan perkembangan baik kita," katanya di Twitter hari ini.
Iklan
Beliau berkata demikian dengan memuat naik graf Permodelan dan Ramalan Covid-19 oleh Institut Kesihatan Negara (NIH), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dr Jemilah turut meletakkan tanda pada akaun Twitter Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan itu.
Iklan
Semalam Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan menetapkan aktiviti ziarah-menziarahi pada setiap perayaan dalam masa terdekat ini hanya dihadkan pada hari pertama sahaja.
Menurutnya, aktiviti itu juga hanya terhad kepada 20 orang pada hari tersebut terdiri daripada ahli keluarga terdekat.
"Prosedur operasi standard (SOP) perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai dalam masa terdekat ini hanya dihadkan pada hari pertama sahaja dan tidak boleh pada hari kedua serta seterusnya,” katanya.
Seramai 744 peserta Malaysia My Second Home (MM2H) direkodkan membeli hartanah di negara ini sejak 2023 sehingga 31 Disember 2025 dengan warga China menjadi pembeli tertinggi iaitu sebanyak 304 rumah diikuti Taiwan, 91 unit.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, selain itu warganegara Singapura sebanyak 63, Amerika Syarikat (41), United Kingdom (40), Hong Kong (34), Australia (29), Bangladesh (19), Korea Selatan (15) manakala Indonesia dan Jepun masing-masing 14.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766723/berita/nasional/mm2h-warga-china-paling-ramai-beli-rumah-di-malaysia
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.