8 individu direman kes tuntutan palsu lebih RM186,000
Iklan
ALOR SETAR - Seramai lapan individu termasuk dua pengurus syarikat direman tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah kerana mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM186,000.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Alor Setar, Rashidah Azmi bermula hari ini sehingga 20 Mei depan.