JKNJ nafi mesej audio kes Covid-19 di Kayu Ara Pasong, Pontian

Iklan
JKNJ menafikan mesej audio yang mendakwa terdapat pesakit koronavirus (Covid-19) di kawasan Kayu Ara Pasong, Pontian.

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan mesej audio yang mendakwa terdapat pesakit koronavirus (Covid-19) di kawasan Kayu Ara Pasong, Pontian.

JKNJ dalam satu kenyataan memaklumkan mesej audio yang telah tular itu adalah tidak benar.

Iklan
Iklan

"JKNJ menafikan mesej audio berkenaan tentang wujudnya pesakit Covid- 19 di kawasan Kayu Ara Pasong.

"Masyarakat diminta tidak menyebarkan sebarang berita tidak benar kerana ia boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat," katanya.

Iklan
Iklan

Terdahulu tular audio mesej mendakwa wujudnya pesakit positif Covid-19 di Kayu Ara Pasong sejak kelmarin.