Amaran ribut petir di beberapa kawasan seluruh negara
Iklan
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan seluruh negara sehingga 2 pagi, esok.
MetMalaysia dalam kenyataan malam ini memaklumkan, kawasan yang dijangka terlibat ialah Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Seberang Perai Utara, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang; Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar di Perak.