Penjaja di KL wajib gaji pekerja tempatan!
Iklan
KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mewajibkan semua penjaja di Wilayah Persekutuan menggaji pekerja tempatan seperti termaktub dalam undang-undang kecil Pelesenan Penjaja 2016.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, selain itu, bagi pemegang lesen premis tred, perniagaan dan industri yang ingin menggajikan warga asing, mereka perlu memastikan pekerja mempunyai permit yang sah.