16 bergejala Covid-19 solat tarawih di masjid

Iklan
Jemaah tarawih menjalani ujian saringan Covid-19. - Foto Tribun News

SIDOARJO - Ratusan jemaah di dua buah masjid menjalani ujian saringan koronavirus (Covid-19) selepas menunaikan solat tarawih di Sidoarjo, Indonesia.

Bagaimanapun dari 203 jemaah, 16 daripada mereka menunjukkan gejala Covid-19, lapor Tribun News.

Iklan
Iklan

Pejabat Kesihatan daerah Sidoarjo mengesahkan pihaknya melakukan ujian pantas di dua masjid iaitu, Masjid Riyadhus Sholikin dan Masjid Baiturrahim, Wonocolo.

Sebelum melakukan pemeriksaan, petugas perubatan mengenakan pakaian khas terdiri daripada lelaki dan wanita.

Iklan

Ketua Pejabat Kesihatan daerah Sidoarjo, Syaf Satriawarman menjelaskan walaupun beberapa jemaah telah menggunakan pemakaian topeng muka, para petugas tetap melakukan ujian tersebut kerana dikhuatiri kes orang tanpa gejala (OTG).

"Jemaah disahkan ada gejala Covid-19, mereka perlu dikuarantin di kediaman mereka dan perlu jalani ujian swab kali kedua, jika ujian mereka terbukti positif akan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Iklan