DBKL nafi wujud bazar Ramadan

Iklan
Tangkap layar video tular mengenai situasi orang ramai membeli juadah buka puasa di Kampung Pandan kelmarin.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan wujudnya penganjuran bazar Ramadan susulan tular sebuah video memaparkan kesesakan orang awam membeli juadah berbuka puasa di Kampung Pandan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan menegaskan bahawa pihaknya kekal dengan keputusan tidak membenarkan sebarang penganjuran bazar Ramadan tahun ini sambil memberitahu video tular tersebut menjurus kepada orang awam yang bersesak untuk membeli makanan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, katanya, tindakan terhadap perkara itu telah dibuat serta-merta kelmarin.

"Bazar Ramadan memang tak ada. Isu ini sampai hingga kepada Menteri Kanan Keselamatan (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) yang mahu mendapatkan penjelasan lanjut mengenainya, namun apa yang boleh dijelaskan, itu bukan bazar Ramadan," katanya ketika ditemui di Masjid India di sini semalam.

Iklan
Iklan

Terdahulu, video berdurasi 13 saat menunjukkan orang ramai bersesak-sesak membeli juadah berbuka puasa di Kampung Pandan tular di media sosial sejak kelmarin.