KUALA LUMPUR - Pengorbanan yang dilakukan oleh jururawat ketika negara sedang berhadapan dengan wabak koronavirus (Covid-19) adalah suatu tindakan yang sangat terpuji, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menyifatkan jururawat sebagai wira dan wirawati negara, Muhyiddin dalam ucapan bersempena Hari Jururawat Sedunia hari ini menarik perhatian tidak ramai rakyat Malaysia yang memiliki kecekalan dan kesabaran seperti mereka untuk berhadapan dengan situasi kerja yang begitu mencabar dan berisiko tinggi.