SEREMBAN- Pentabiran kerajaan Negeri Sembilan hari ini mengesahkan seorang kakitangan sebuah jabatan di Wisma Negeri didapati positif koronavirus (Covid-19) selepas menjalani ujian pengesanan baru-baru ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Razali Ab Malik berkata, jabatan berkenaan ditutup selama dua hari bagi kerja pembersihan dan tindakan sewajarnya, setelah siasatan dan perbincangan dilakukan bersama Jabatan Kesihatan Negeri.