DBKL sita lima kedai runcit warga asing
Iklan
Antara premis perniagaan yang disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
KUALA LUMPUR - Lima premis perniagaan di sekitar pusat bandar raya yang dikendalikan warga asing disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu operasi hari ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pihaknya meneruskan tindakan khas ke atas premis yang dijalankan tanpa kebenaran di empat lokasi termasuk Jalan Dwi Tasik, Bandar Tun Razak; Jalan Horley, Jalan Khoo Teik Ee dan Jalan Walter Grenier, Bukit Bintang.
Iklan
Iklan
Menurutnya, tindakan penguatkuasaan turut diambil ke atas sebuah premis cucian kereta yang juga dikendalikan warga asing.
"Hasil pemeriksaan di pusat cucian kereta terbabit mendapati pengusaha tidak mempunyai lesen sah daripada DBKL, tindakan sita peralatan perniagaan dilaksanakan di premis berkenaan.
Iklan
Antara premis perniagaan yang disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
"Lima premis yang disita pula melibatkan kedai runcit dan kedai menjual barangan basah,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kesemua barangan dan peralatan perniagaan yang disita dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong bagi tujuan proses dokumentasi.
Iklan
Menurutnya, tindakan penguatkuasaan dilaksanakan mengikut peruntukan dan prosedur operasi standard (SOP) DBKL di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
"Tindakan akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan DBKL akan bertindak tegas dengan menguatkuasakan Undang-Undang Kecil (UUK) sedia ada bagi memastikan tiada warga asing terlibat dalam industri perniagaan khususnya sektor penjajaan.
BLURKAN MUKA WARGA ASINGDBKL mengambil tindakan khas ke atas premis perniagaan di sekitar pusat bandar raya yang dikendalikan warga asing
Nor Hisham berkata, dalam perancangan aktiviti perdagangan dan perniagaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, DBKL menghadapi kebanjiran peniaga warga asing khususnya di sektor tred, perniagaan dan industri serta penjajaan.
Menurutnya, DBKL akan menjalankan tindakan penguatkuasaan yang turut membabitkan agensi lain termasuk Jabatan Imigresen Malaysia.
Kerja pembaikan ban yang pecah di Bukit Changgang selesai pada jam 3 petang pada Khamis, manakala kerja menambah tanah masih dilaksanakan bagi memperkukuh struktur berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury dan juruvideo, Yusrizal Yusuf.
Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang menjalankan kerja penambahbaikan di kawasan ban berkenaan susulan masalah struktur yang terjejas akibat hentaman arus deras.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806378/edisi/selangor-kl/ban-bukit-changgang-beri-ruang-jps-lakukan-penambahbaikan---aiman-athirah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.