Peniaga, pekerja pasar awam Sabak Bernam jalani saringan

Iklan
Sebahagian peniaga dan pekerja pasar awam di Sabak Bernam menjalani ujian swab Covid-19 di sini semalam.

SABAK BERNAM - Seramai 336 peniaga dan pekerja pasar awam di Sabak Bernam menjalani ujian swab bagi menyaring bagi mencegah penularan pandemik koronavirus (Covid-19) di pasar awam berkenaan.

Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Mohd Faizul Fitri Muslil berkata, pasar awam terlibat ialah Sekinchan, Pasir Panjang, Sungai Haji Dorani, Sungai Besar dan Bagan Nakhoda Omar, Sungai Air Tawar dan Pekan Sabak.

Iklan
Iklan

"Mereka terlebih dahulu menunggu giliran masing-masing sebelum membuat ujian saringan.

"Ujian ini dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti mengamalkan penjarakan selamat," katanya.

Iklan

Terdahulu, operasi bersepadu itu turut disertai Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, anggota sukarelawan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabak Bernam.

Operasi berkenaan bermula pada jam 8 pagi dan berakhir 1.30 petang.

Iklan