Suami isteri berjauhan diberi kelonggaran rentas negeri
Iklan
PUTRAJAYA - Kerajaan memberikan kelonggaran bagi perjalanan rentas negeri kepada suami isteri yang tinggal berjauhan disebabkan urusan kerja.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, segelintir suami isteri bekerja di negeri berlainan antara satu sama lain sehingga menyebabkan mereka tidak dapat berjumpa dengan keluarga selama dua bulan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).