Masyarakat di Iskandar Puteri terima topeng muka, keperluan harian

Iklan
Abdul Rashid (kanan) menyerahkan sumbangan barangan asas bayi kepada salah seorang ibu muda orang asli.

JOHOR BHARU - Kerajaan Negeri Johor sememangnya prihatin dengan aspek keselamatan dan keperluan rakyatnya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan sehingga 12 Mei nanti.

Masyarakat di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Zon Perling merupakan sebahagian daripada golongan yang menerima sumbangan berkenaan sejak dua minggu lalu.

Iklan
Iklan

Pada awal Mei lalu, Ahli Majlis MBIP, Datuk Abdul Rashid Kasman turun padang menyampaikan sumbangan topeng muka serta Bakul Makanan Ihsan kepada Pengerusi KRT Jalan Simbang, Taman Perling, Abd Wahid Wakiman untuk diagihkan kepada penduduk kawasan berkenaan.

Menurut beliau, sumbangan keperluan keselamatan dan barangan keperluan harian bagi meringankan beban rakyat itu turut meliputi bantuan kepada masyarakat orang asli di Zon Perling.

Iklan
Abdul Rashid (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan topeng muka kepada penduduk di Zon Perling.

"Pada akhir April lalu saya yang mewakili MBIP bagi Zon Perling menyerahkan sumbangan kerajaan negeri itu kepada Ketua Masyarakat Orang Asli Bakar Batu, Tok Batin Kias.

"Bantuan barangan keperluan asas bayi kepada ibu-ibu muda di kampung tersebut juga turut diberikan melalui Aktivis Sukarelawan Pulai yang diwakili oleh Afiqah Ziela Asri," katanya.

Iklan

Malahan Abdul Rashid bersama-sama pasukan Pejabat Daerah Johor Bahru dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) turut menyampaikan sumbangan Covid-19 kepada masyarakat orang asli di Kampung Bakar Batu dan Kampung Sungai Temon di sini.

"Saya mewakili MBIP dan masyarakat di Zon Perling menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Negeri Johor dalam menjaga aspek keselamatan serta kebajikan rakyat

"Dalam keadaan ekonomi rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19 ini, sumbangan daripada kerajaan negeri amat bermakna untuk mereka," katanya.