Kambing perap PKP

Iklan

Sepasang suami isteri yang mengusahakan kedai makan di Bertam, Rosnizam Ishak, 43, dan Roazian Md Noor, 43, memulakan perniagaan kambing perap dengan lima kilo daging kambing sahaja namun beliau tidak menjangka sehingga sekarang mampu menjual sehingga 50 kilogram sehari dengan menggunakan modal daripada Geran Khas Prihatin (GKP) iaitu RM3,000 dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sebanyak RM1,000.

Rosnizam berkata perniagaan kambing perap yang mereka jalankan itu adalah antara hikmah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dirasai bersama isterinya apabila berjaya mencipta satu peluang perniagaan baharu.

Iklan
Iklan

Kambing perap pasangan suami isteri itu dijual dengan harga RM55 sekilogram dan RM33 untuk 600 gram. - Foto Bernama