[VIDEO] Pemuda cipta basikal palet kayu semasa PKP

Iklan
Basikal palet ciptaan Naviin.

SUBANG JAYA - Tempoh duduk di rumah semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) digunakan seorang pemuda untuk menghasilkan sebuah basikal menggunakan palet kayu dan barang terpakai.

Naviin Subra, 27, berkata, masa lapang semasa PKP menyebabkan dia nekad menghasilkan sesuatu yang baharu dan inovatif bagi mengelakkan rasa bosan duduk di rumah.

Iklan
Iklan

"PKP membuatkan saya bosan dan saya cuba mencari sesuatu menarik untuk dilakukan. Jadi saya pinjam buku tunang saya dan saya mula melakar sebuah basikal palet, dari situ saya terfikir untuk menghasilkan basikal tersebut," katanya kepada Sinar Harian.

Naviin yang juga graduan kejuruteraan kapal terbang berkata, dengan hanya bermodalkan RM14, dia berjaya menghasilkan basikal palet kayu berkenaan.

Iklan
Lakaran basikal berkenaan sebelum dihasilkan.

Katanya, tempoh kuarantin jika digunakan sebaiknya membuatkan setiap individu sedar kebolehan masing-masing.

"Basikal berkenaan dihasilkan daripada gabungan kayu palet dan basikal terpakai diperoleh di tempat pengumpulan besi berdekatan.

Iklan

"Saya dibantu oleh dua orang rakan iaitu Ahgilan Valaitham dan Thanis Nagesh dalam menghasilkan basikal ini," katanya.

Dia turut berkongsi gambar basikal palet kayu ciptaannya itu di laman Instagram baru-baru ini.

Naviin semasa mengayuh basikal berkenaan.

Menerusi hantaran yang sama, Naviin turut mengirimkan beberapa foto dan video memaparkan proses untuk menghasilkan basikal berkenaan.

Basikal ciptaannya tersebut telah menarik perhatian warganet dan mereka turut memuji kreativiti Naviin.

Menerusi hantaran berkenaan terpapar video Naviin mengayuh basikal tersebut di sebuah kawasan parkir kereta.