UTM batal majlis konvokesyen tahun ini
Iklan
Wahid Omar (depan, kanan) dan Yahaya Madis (dapan, dua dari kanan) bersama kakitangan UTM dan anggota bomba selepas program khidmat sanitasi 33 bas Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di UTM, Skudai, Johor Bahru, hari ini.
JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membatalkan Majlis Konvokesyen kali ke-64 universiti itu pada November ini sebagai langkah keselamatan mengelakkan risiko jangkitan dan penularan koronavirus (Covid-19).
Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Wahid Omar berkata, seramai 8,000 penuntut yang terlibat dalam konvokesyen itu boleh boleh mengambil sijil masing-masing dan perkara itu akan dimaklumkan nanti.
Iklan
Iklan
Menurutnya, jika penuntut terlibat masih mahu merasai suasana konvokesyen, mereka boleh menyertainya pada majlis konvokesyen Oktober atau November tahun depan.
"Kita adakan setahun sekali sahaja berbeza sebelum ini setahun dua kali. Kalau mahu, mereka kena daftar awal dan kita akan panjangkan majlis konvokesyen selama beberapa hari kerana ramai yang terlibat.
Iklan
"Jika pelajar tahun ini bergabung dengan pelajar tahun depan, mereka yang akan terlibat konvokesyen berjumlah 15,000 hingga 16,000 pelajar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Khidmat Sanitasi 33 Buah Bas Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor di UTM, Skudai dekat sini hari ini.
Iklan
Wahid berkata, sekiranya jumlah penuntut yang akan terlibat dalam majlis konvokesyen pada tahun depan terlalu ramai hingga menyebabkan kesesakan, mereka boleh mendaftar untuk tahun 2022 atau 2023.
"Kita tetap membenarkan pelajar untuk menyertai konvokesyen untuk tahun berikutnya.
"Peluang diberikan sehingga tiga kali majlis konvokesyen, apa yang penting bagi mereka adalah merasai dan mengambil gambar dalam majlis konvokesyen," katanya.
Sementara itu, Pengarah JBPM Negeri Johor, Datuk Yahaya Madis berkata, proses sanitasi untuk bagasi dan bas penuntut UTM sudah dilakukan pada 30 April lalu iaitu untuk mereka yang berada dalam Zon Selatan.
Katanya, proses sanitasi dilakukan terhadap 31 bas sebelum membawa 264 penuntut UTM pulang ke kampung halaman.
Tambahnya, proses yang sama dilakukan terhadap 28 bas yang menghantar 331 penuntut pada 4 Mei, 11 bas dengan 190 penuntut (6 Mei), 33 bas dengan 294 penuntut (7 Mei) dan malam ini 33 bas lagi dengan ratusan penuntut akan berlepas.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Anwar lepaskan kuasa mengawal Parlimen, (ibarat) bercerai talak tiga' - Azalina"><meta itemprop="description" content="'Anwar lepaskan kuasa mengawal Parlimen, (ibarat) bercerai talak tiga' - Azalina
Langkah kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan kuasa eksekutif terhadap pentadbiran Parlimen merupakan satu pencapaian penting dalam usaha memperkukuh kebebasan institusi itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, langkah itu membolehkan Parlimen menguruskan hal ehwalnya secara bebas selepas lebih tiga dekad berada di bawah cabang eksekutif.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800595/berita/nasional/anwar-lepaskan-kuasa-mengawal-parlimen-ibarat-bercerai-talak-tiga---azalinat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-15T09:11:27.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbnoboe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbnoboe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbnoboe"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dewan kecoh, MP bertikam lidah isu peruntukan wakil rakyat"><meta itemprop="description" content="Dewan kecoh, MP bertikam lidah isu peruntukan wakil rakyat
Sesi penerangan Majlis Perkhidmatan Parlimen di Dewan Rakyat pada Khamis, kecoh apabila ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bertikam lidah berhubung isu pengurusan peruntukan kepada wakil rakyat.
Kekecohan tercetus selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) membangkitkan persoalan mengenai maksud perkhidmatan adil kepada semua ahli Parlimen, selain mencadangkan pengurusan peruntukan wakil rakyat diserahkan kepada Parlimen.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800588/berita/nasional/dewan-kecoh-mp-bertikam-lidah-isu-peruntukan-wakil-rakyat
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-15T08:45:09.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P143S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbnnv3u"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbnnv3u"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbnnv3u"></script>