Program Saringan Prihatin Perkeso hanya melalui janji temu
Iklan
KUALA LUMPUR - Ujian saringan menerusi Program Saringan Prihatin (PSP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hanya akan dilaksanakan melalui janji temu yang ditetapkan dengan penyedia perkhidmatan, berkuat kuasa serta-merta.
Perkeso dalam kenyataan hari ini memaklumkan ini berikutan sambutan yang amat menggalakkan daripada majikan dan pekerja sehingga mengakibatkan kesesakan di lokasi saringan sekali gus dikhuatiri akan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, terutamanya dalam pelaksanaan jarak sosial.