BUKIT MERTAJAM - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki dikhuatiri sesat selepas mencari kulat di Bukit Seraya, di sini sejak semalam.
Pegawai Operasi JBPM negeri, Abu Bakar Hasan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki memaklumkan sepupunya, Mohd Hafizi Md Saad, 38, telah naik ke Bukit Seraya seorang diri sejak semalam dan tidak pulang sehingga hari ini.