Covid-19: Penularan tempatan masih terkawal
Iklan
PUTRAJAYA - Kes penularan tempatan wabak koronavirus (Covid-19) di Malaysia masih terkawal dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil pendekatan tertumpu melibatkan tiga kumpulan sasar.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kumpulan itu ialah Perhimpunan Sri Petaling, sekolah tahfiz dan warga asing.