10 daerah masih merekodkan kes melebihi 41

Iklan
Data yang dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan

PUTRAJAYA - Sebanyak 10 daerah di Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur masih merekodkan kes aktif koronavirus (Covid-19) melebihi 41 kes sekali gus meletakkannya sebagai zon merah.

Menurut data dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan, daerah tersebut ialah Gombak (89 kes), Petaling (51), Hulu Langat (45), Kluang (65), Kuching (110) dan Kota Samarahan (46).

Iklan
Iklan

Bagi Kuala Lumpur, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 361 kes aktif.

Ibu negara mencatatkan kes aktif tertinggi dengan bilangan 156 kes, diikuti mukim Batu 90 kes, Kampung Baru (68) dan Sri Petaling (47).

Iklan

Enam kawasan di sekitar Kuala Lumpur sifar kes aktif iaitu Alam Damai, Bangsar, Datuk Keramat, Kepong dan Mont Kiara.

Data yang dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan

Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Kuala Lumpur adalah 1,356 kes.

Iklan

Sementara itu, Melaka menghampiri negeri sifar kes aktif apabila ketiga-tiga daerahnya diletakkan di bawah zon kuning.

Jasin dan Melaka Tengah yang sebelum ini berada di zon merah kini masing-masing mempunyai sembilan dan lima kes aktif manakala Alor Gajah empat kes.

Sebanyak 79 daerah di seluruh negara diletakkan di bawah zon kuning dan 112 daerah berada di zon hijau yang tidak mempunyai kes aktif.

Setakat jam 12 tengah hari semalam, sebanyak 1,710 kes sedang dirawat di hospital berbanding 6,383 kes jangkitan Covid-19 di negara ini.

KKM merekodkan 106 kematian akibat Covid-19.