Menteri Buruh Niger korban Covid-19

Iklan
Mohamed Ben Omar

NIAMEY - Menteri Buruh dan Pekerjaan Nigeria, Mohamed Ben Omar menjadi korban terbaharu koronavirus (Covid-19) di Nigeria, umum televisyen negara semalam.

Ben Omar,55, meninggal dunia kelmarin di hospital utama di ibu negara, Niamey, tetapi punca kematian tidak dinyatakan.

Iklan
Iklan

"Ia wabak yang dahsyat menyebabkan kematian menteri Mohamed Ben Omar,” lapor televisyen Tele Sahel.

Sebelum mengumumkan berita itu, saluran televisyen itu menayangkan mesej terkini daripada menteri itu menggesa pekerja melindungi diri mereka daripada Covid-19.

Iklan

Terdahulu, Presiden Mahamadou Issoufou dilaporkan berkata, beliau dimaklumkan tentang berita kematian itu dengan penuh rasa sedih.

Ben Omar yang lahir pada 1 Januari, 1965 di bandar Tesker, mengetuai Parti Sosial Demokratik (PSD) yang juga bersekutu dengan parti Issoufou iaitu Parti Sosial dan Demokrasi. - AFP

Iklan