17 kompaun dikeluarkan terhadap tujuh restoran
Iklan
JOHOR BAHRU - Sebanyak 17 kompaun dikeluarkan terhadap tujuh restoran di sekitar bandar raya kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan dalam tempoh tiga hari Operasi Bersepadu Pemeriksaan Halal di premis restoran dilaksanakan, sejak Selasa lepas.
Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Negeri Johor, Khairul Anwar Bachok berkata, operasi itu yang diketuai pihaknya turut disertai Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam negeri (JAINJ), Bahagian Kesihatan Awam, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dan Penguatkuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
Beliau berkata, 13 daripada keseluruhan kompaun dikeluarkan oleh Bahagian Kesihatan Awam, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru kerana kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Akta Makanan 1983.
Iklan
Iklan
"Ia membabitkan kesalahan pekerja restoran tidak memakai apron, tidak memakai kasut dan penutup kepala serta berkuku panjang," katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini, hari ini.
Menurut Khairul Anwar, empat kompaun lagi dikeluarkan oleh MBJB kerana tindakan mempamerkan iklan tanpa kebenaran dan kegagalan mematuhi kewajipan mengambil suntikan anti thyphoid pekerja.
Iklan
Selain kompaun, JAINJ juga mengarahkan satu daripada premis itu supaya menurunkan teks al-Quran kerana teks yang dipamerkan mengandungi kesalahan dari segi baris, huruf dan titik.
"Tindakan adalah menyalahi Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 dan JAINJ memberi amaran agar pengusaha restoran yang tidak mempunyai sijil halal yang sah, tidak sewemang-wenangnya mempamerkan teks al-Quran di premis masing-masing," katanya.
Iklan
Khairul Anwar seterusnya menasihati pengusaha-pengusaha restoran khususnya yang beroperasi 24 jam sehari agar memastikan tahap kebersihan premis, kebersihan diri pekerja dan cara penyediaan makanan mereka, sentiasa berada di tahap yang baik
Pengusaha juga diingatkan agar memperolehi bahan mentah daripada pembekal yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal yang sah. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>