Modal lesap, topeng muka tidak sampai

Iklan
Suri rumah dakwa kerugian RM4,400 akibat ditipu dalam urusan jual beli topeng muka dalam talian.

KUANTAN - Niat seorang suri rumah untuk menambah pendapatan dengan menjual topeng muka bukan sahaja tidak kesampaian, malah mendakwa kerugian RM4,400 akibat ditipu dalam urusan pembelian barangan itu secara dalam talian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, wanita berusia 34 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang lelaki bagi membeli 80 kotak topeng muka berharga RM4,800 yang diiklankan dalam kumpulan WhatsApp pada 29 Mac lepas.

Iklan
Iklan

"Dia membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM600 pada hari yang sama disusuli bayaran seterusnya menerusi dua transaksi pemindahan wang pada 12 dan 13 April dengan baki RM400 perlu dijelaskan selepas menerima barangan tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mangsa yang berasa telah ditipu apabila tidak menerima barangan itu sehingga semalam membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan dekat sini, katanya.

Iklan
Iklan

Mohd Wazir berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. -Bernama