Baim Wong bina rumah buat peminat

Iklan
Baim Wong bersama isteri dan anaknya. -Foto Instagram Baim Wong

BAGI menghargai jasa peminat yang selama ini menyokong pelakon Baim Wong, dua orang peminatnya menerima sebuah rumah di Baten Indonesia.

Memetik laporan Liputan6, Baim sudah merancang untuk membina tempat tinggal untuk keluarga Sugiri dan Wulan sejak dua tahun lalu.

Iklan
Iklan

Malah Baim dan isterinya iaitu Paula Verhoeven sudah beberapa kali datang meninjau lokasi kediaman tersebut.

Beliau juga berkongsi berita gembira itu di saluran YouTube miliknya.

Iklan

Menerusi rakaman tersebut, Baim berada di lokasi pembinaan rumah tersebut ditemani bapa kepada Sugiri dan Wulan.

Ternyata jelas di wajah mereka tersenyum riang apabila bakal menikmati rumah lebih selesa.

Iklan