17 banduan maut rusuhan di penjara di Venezuela

Iklan
Anggota perubatan dan polis menunggu ketibaan tahanan di luar hospital setelah rusuhan meletus di dalam penjara di Guanare, Venezuela. - Foto Reuters / Manuel Alvarado

BUENOS AIRES - Sekurang-kurangnya 17 banduan di sebuah penjara di Venezuela maut dalam insiden rusuhan pada Jumaat, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan.

Sembilan lagi cedera apabila banduan di penjara Llanos di Guanare merusuh dan cuba untuk melarikan diri menyebabkan berlakunya pertembungan dengan anggota keselamatan.

Iklan
Iklan

Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal penjara, Iris Varela berkata, sekumpulan banduan menyerang anggota keselamatan dan mencederakan Pengarah Penjara, Carlos Toro.

Banduan menggunakan pelbagai jenis senjata api dan ada yang dineutralkan oleh pasukan keselamatan.

Iklan
Iklan

Keadaan berjaya dikawal selepas pasukan keselamatan berunding dengan ketua banduan.- Bernama