KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuka taman-taman rekreasi di bawah seliaan pihaknya bermula Isnin ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, DBKL akan membuka taman rekreasi tersebut namun akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).