'Scammer' cipta laman web mirip agensi kerajaan
Iklan
KUALA LUMPUR - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan kegiatan scammer yang cuba memperdayakan pengguna dengan mencipta laman sosial dan laman sesawang yang mirip milik agensi kerajaan dan pihak bank.
Ketua Pegawai Operasi FOMCA, T Saravanan berkata, scammer berkenaan menggunakan kemahiran dalam teknologi dan mencipta laman sesawang dan media sosial seakan mirip Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan bank untuk memperdaya pengguna yang kesempitan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).