Lesen memandu UNHCR tidak sah diguna

Iklan
Kenyataan media yang dikeluarkan JPJ mengenai lesen memandu UNHCR hari ini.

SHAH ALAM - Lesen memandu Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) yang digunakan oleh pemegang kad itu tidak sah untuk memandu kenderaan bermotor di Malaysia.

Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi kenyataan hari ini berkata, perkara itu selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan
Iklan

"Selain itu, ia juga berdasarkan petikan kenyataan media Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertarikh 30 April lalu bahawa pemegang kad UNHCR tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan sebarang tuntutan kepada kerajaan Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia tidak iktiraf status pelarian Rohingya

Iklan

"JPJ sentiasa komited memastikan kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara," katanya.

Katanya, JPJ tidak berkompromi terhadap pelanggaran peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.

Iklan