Pesakit tenang baca al-Quran
Iklan
Dr Mohd Anis (tiga dari kiri) menerima al-Quran yang diwakafkan orang ramai melalui WUIF di Institut Kanser Negara semalam.
SERDANG - Pemberian wakaf al-Quran kepada pesakit yang berada di wad Hospital Serdang di sini akan menggalakkan mereka untuk membaca kitab suci itu di wad masing-masing.
Ketua Unit Hal Ehwal Islam Hospital Serdang, Ustaz Mohammad Hafiz Bakren berkata, pesakit yang sering membaca al-Quran ketika berada di wad akan menarik perhatian pesakit lain untuk turut sama berbuat demikian.
Iklan
Iklan
"Ketika Ramadan ini, pihak hospital juga menganjurkan program tadarus membabitkan kakitangan di setiap unit pada waktu rehat dan al-Quran terjemahan ini menjadikan mereka lebih bersemangat,” katanya selepas menerima sumbangan Program Wakaf Al-Quran menerusi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) di sini semalam.
Dr Mohd Arshil (lima dari kanan) menerima sebanyak 200 naskah al-Quran di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah MAEPS, Serdang semalam.
Bagi Timbalan Pengarah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Kolonel Dr Mohd Arshil Moideen, selain pesakit, al-Quran tersebut dapat digunakan lebih 200 petugas pelbagai agensi.
Iklan
Menurutnya, majoriti daripada 102 pesakit di pusat kuarantin itu terdiri daripada golongan pelajar tahfiz dan kluster tabligh.
"Al-Quran ini akan diletakkan di surau berasingan untuk pesakit dan petugas,” kata beliau.
Iklan
Projek wakaf al-Quran yang dilancarkan sejak 3 April lalu itu mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), TV AlHijrah, Sinar Harian, Ideaktiv, Majlis Dakwah Negara dan Solidariti Ummah Untuk Ummah dengan membawa misi MengQurankan Bangsa, Mengikhlaskan Ummah.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="MQH: ‘Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera’, seru masyarakat kembali kepada al-Quran"><meta itemprop="description" content="MQH: ‘Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera’, seru masyarakat kembali kepada al-Quran
Tema Malaysia #QuranHour (MQH) 2026, Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera tepat dalam mengajak masyarakat bangkit membina kehidupan berteraskan al-Quran khususnya ketika berdepan cabaran akhlak dan gejala sosial, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Imam Besar Negeri Kelantan, Muhammad Hana Pizi Abdullah berkata, beliau mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyokong usaha berkenaan kerana tema yang diketengahkan mesej jelas untuk masyarakat kembali kepada panduan al-Quran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792683/khas/quranhour/mqh-bingkas-menuju-malaysia-sejahtera-seru-masyarakat-kembali-kepada-al-quran
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #MQH2026 #MAIK #Quranhour2026 #bingkasmenujuMalaysiaSejahtera"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-19T09:39:57.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaz0ice"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaz0ice"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaz0ice"></script>