Bekalan makanan mencukupi sehingga sembilan bulan
Iklan
Rosol (kiri) semasa melihat harga bawang sewaktu melakukan lawatan di Pasaraya TF Value Mart Senawang di sini hari ini.
SEREMBAN - Orang ramai tidak perlu bimbang kerana bekalan makanan dan keperluan harian di negara ini mencukupi sehingga tempoh sembilan bulan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, hasil pemantauan yang dilakukan pihaknya mendapati keperluan makanan termasuk bekalan mentah dan kering tidak mempunyai masalah untuk diperoleh.
Iklan
Iklan
"Masyarakat tidak perlu bimbang, tidak akan berlaku kebuluran di Malaysia kerana bekalan yang ada sekarang ini mencukupi malah melebihi daripada keperluan, bukan setakat sehingga bulan Syawal tetapi kita mampu menampung lebih sehingga tempoh sembilan bulan.
"Walaupun dalam pemantauan di pasar raya hari ini menunjukkan harga sayur agak meningkat, namun harga bawang merah dilihat menurun, jika sebelum ini bawang merah India RM9 sekilogram, namun hari ini turun RM3.90.
Iklan
"Orang ramai dinasihatkan supaya membuat aduan segera kepada KPDNHEP jika mempunyai maklumat mana-mana peniaga yang menaikkan harga barang. Pasukan kita akan sentiasa melakukan pemantauan di setiap negeri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan di Pasaraya TF Value Mart Senawang, dekat sini hari ini.
Iklan
Katanya, pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai masalah bekalan makanan sejak tiga minggu lalu.
"Ini menunjukkan rakyat berpuas hati, tiada sebarang isu melibatkan bekalan makanan mahu pun harga barang berikutan semuanya terkawal.
"Hanya pada permulaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dulu, memang ada banyak aduan diterima kerana masyarakat membuat belian panik, tetapi kini graf aduan menunjukkan semakin menurun, malah dua, tiga minggu lalu tiada aduan yang diterima," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian"><meta itemprop="description" content="RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian
Semua ahli Parlimen termasuk Menteri Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk menyatakan pendirian secara terbuka mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal didakwa membabitkan ‘mafia korporat’ yang turut dikaitkan dengan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Gesaan itu dibuat lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen (Subang), Hassan Karim (Pasir Gudang), S Kesavan (Sungai Siput), Rodziah Ismail (Ampang) dan Lee Chean Chung (Petaling) Jaya dalam satu sidang akhbar bersama di Parlimen, Kuala Lumpur pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785942/berita/nasional/rci-skandal-mafia-korporat-lima-ahli-parlimen-pkr-tuntut-pm-menteri-nyata-pendirian
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangmedia #RCIskandalmafiakorporat #RCI #WongChen #HassanKarim #SKesavan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-01T05:59:25.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P188S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xak4b3y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xak4b3y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xak4b3y"></script>