Henti unsur sensitif
Iklan
Puvaniten
KUALA LUMPUR – Mesej mengenai ‘perpaduan sosial’ perlu diuar-uarkan dari masa ke masa di media massa termasuk laman sosial bagi memastikan semua pihak berwaspada mengeluarkan kenyataan berunsur negatif dan sensitif.
Ketua Biro Perpaduan Nasional Parti Gerakan, H Puvaniten berkata, rakyat Malaysia perlu bersatu melindungi perpaduan ketika negara mengharungi cabaran wabak koronavirus (Covid-19).
Iklan
Iklan
"Agenda utama ialah menamatkan wabak Covid-19 dengan sokongan padu dan membentuk perpaduan sosial.
"Kita tidak harus memberi sebarang komen atau gambaran negatif atau menggunakan peluang krisis wabak ini untuk berpolitik atau kecam-mengecam antara satu sama lain.
Iklan
"Hari ini, wabak Covid-19 telah membawa kita semua berjuang dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa empat untuk menjamin keselamatan dan kesihatan kita semua." jelasnya.
Puvaniten juga menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan bertarung nyawa menyelamatkan pesakit tanpa mengira identiti.
Iklan
"Pejuang barisan hadapan seperti doktor, media, pekerja kesihatan dan pekerja kebersihan bekerja dengan hanya berbekalkan topeng muka dan peralatan perlindungan diri bertarung nyawa demi pesakit.
"Pengorbanan mereka untuk memastikan keselamatan nyawa kita. Mudah-mudahan kita menyambut pengakhiran gembira dengan berjaya memerangi Covid-19 dalam masa terdekat," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>