Covid-19: New Zealand catat 3 kes baharu, tiada kematian

Iklan
Perdana Menteri, Jacinda Ardern mengatakan, sekitar 75 peratus ekonomi kembali beroperasi ketika negara berada pada amaran tahap tiga. -Foto: Xinhua

WELLINGTON - New Zealand melaporkan tiga kes koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 24 jam lalu dengan jumlah jangkitan disahkan dan disyaki sebanyak 1,476, kata Kementerian Kesihatan pada Khamis.

Tiada kes maut dilaporkan dan jumlah korban kekal 19 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan Ashley Bloomfield pada sidang akhbar, lapor agensi berita Xinhua.

Iklan
Iklan

Bloomfield berkata, 1,241 pesakit sembuh, tujuh masih dirawat di wad biasa.

New Zealand menurunkan tahap amaran kepada tahap tiga pada Isnin, berbanding tahap empat sebelum ini.

Iklan

Tahap tiga akan berterusan selama dua minggu sebelum kajian semula dibuat dan keputusan mengenainya diumumkan pada 11 Mei.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern mengatakan, sekitar 75 peratus ekonomi kembali beroperasi ketika negara berada pada amaran tahap tiga.

Iklan

"Walaupun orang ramai kembali menikmati suasana membeli barang, penting bagi kita menjaga jarak sosial dan terus duduk di rumah jika tiada alasan munasabah untuk keluar," kata Ardern. - Bernama