Rakyat Kelantan perlu terus disiplinkan diri
Iklan
Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin
KOTA BHARU - Rakyat di Kelantan disaran untuk terus menjaga diri dan patuh dengan arahan yang dikeluarkan kerajaan biarpun tiada pesakit koronavirus (Covid-190 dirawat di negeri ini bermula semalam.
Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, masyarakat perlu akur pada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk terus duduk di rumah bagi memastikan penjarakan sosial dapat dipatuhi sepenuhnya.
Iklan
Iklan
"Walaupun buat masa ini tiada pesakit yang dirawat di Kelantan bukan bermakna negeri ini bebas daripada Covid-19. Kita mesti sentiasa berdisiplin dalam mematuhi perintah PKP.
"Kita juga perlu sentiasa membudayakan norma baharu amalan pencegahan seperti penjarakan sosial, kerap membasuh tangan, etika batuk, menjaga kebersihan diri dan tidak berada di tempat yang sesak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.
Iklan
Menurutnya, dengan penglibatan secara menyeluruh rakyat Kelantan, rantaian jangkitan ini diyakini dapat diputuskan dan seluruh rakyat Malaysia boleh kembali kepada persekitaran asal.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai jadual tugasan petugas barisan hadapan di hospital, Zaini berkata, mereka masih lagi bertugas seperti biasa walaupun tiada pesakit Covid-19 ketika ini.
Iklan
Bagaimanapun katanya, petugas barisan hadapan diberikan sedikit kelonggaran untuk memohon cuti dengan kebenaran atau sokongan ketua jabatan.
"Cuti tersebut juga bersyarat iaitu perlu sentiasa bersedia jika dipanggil bertugas jika diperlukan dan tidak dibenar berada di luar kawasan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung"><meta itemprop="description" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung
Deruman enjin jentera berat menggegarkan suasana kampung apabila 10 jentolak, dua lori dan beberapa kenderaan pacuan empat roda menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perarakan sejauh kira-kira 300 meter itu mencuri perhatian penduduk apabila deretan jentera yang lazimnya digunakan di kawasan perlombongan pasir tampil memeriahkan sambutan kemerdekaan bersama masyarakat setempat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794247/edisi/kelantan/perarakan-jentolak-sempena-merdeka-gegar-suasana-kampung
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #HariKebangsaan #Perarakan #Jentolak #PasirMas"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-31T06:48:40.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P131S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2njc6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2njc6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2njc6"></script>